- Home
- Pengasas
Pengasas
Pengasas
Ustaz Mat Arop bin Al- Hanafiah
dilahirkan pada tanggal 9 April 1972 di Sabak Bernam Selangor. Anak ke-7 daripada 8 adik beradik.
Buat masa ini, beliau dan 3 orang anak beliau yang kesemuanya adalah Hafiz Al-Quran sedang giat memberikan pembelajaran Al-Quran secara percuma untuk golongan kanak- kanak dan dewasa di Darul Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah yang bertempat Prima Sri Gombak.
Pusat pembelajaran Al-Quran ini telah pun beroperasi sejak tahun lepas (2021) dan masih mendapat sambutan hingga kini yang sebelum ini lebih tertumpu kepada pembelajaran secara online selama lebih 2 tahun.
Ustaz Mat Arop lebih menumpukan masa beliau dalam pengurusan pusat pembelajaran Al-Quran dan pengurusan dana bagi menjamin kelangsungan operasi.
Berbekalkan tanah lebih 6 ekar tinggalan arwah ayah beliau iaitu Hanafiah bin Mat serta mempunyai 3 orang anak yang masing-masing berpengalaman luas dalam bidang Al-Quran maka tercetuslah idea penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah yang sedang giat dibangunkan di Sungai Besar, Sabak Bernam.
Berbekalkan kecekalan beliau dan anak-anak maka sebuah idea cetusan bukan lagi impian tetapi bakal direalisasikan.
Semoga sedikit sebanyak pengenalan tentang sosok tubuh seorang bapa yang pada saya telah berjaya memberikan pendidikan terbaik kepada anak- anak malahan kebersamaan penyertaan anak beliau bagi merealisasikan Pusat Tahfiz ini amatlah saya kagumi dan sokongan anda semua di dalam projek pembangunan ini amatlah kami hargai.