Aktiviti Kami

Our Service

Aktiviti Kami

Pertubuhan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Lil Banat Al Hanafiah dengan rasa kasih dan keinsafan menitip usaha fisabilillah melalui pembangunan dan kemajuan pusat tahfiz kearah kelestarian intelektual hufaz .

Dengan permuafakatan majoriti dan sokongan permintaan masyarakat setempat, Pihak Kami bakal memperjuangkan modul pendidikan dual nasional acuan Islamik kearah kecemerlangan sahsiah, akhlak dan generasi hufaz professional mengimbang duniawi, ukhrawi serta penghayatan amar makruf nahi mungkar.

InsyaAllah.

Kelas pengajian Al-Quran dan Iqra Percuma

Untuk memastikan pembelajaran Al Quran secara percuma berjalan dengan lancar bagi golongan asnaf dan B40.

Sumbangan Bakul Makanan untuk Golongan asnaf

Sumbangan Bakul Makanan bagi membantu mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan.

Gotong Royong Masjid-masjid

Menjalankan gotong-royong di masjid bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selesa untuk para asnaf beribadah dan belajar.