Mengenai Kami

(PPM-007-10-25-82022)

Pertubuhan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah

Dengan hormat takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Alhamdulillah, dimaklumkan bahawa Pengasas dan Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Lil Banat Al Hanafiah dengan rasa kasih dan keinsafan menitip usaha fisabilillah melalui pembangunan dan kemajuan pusat tahfiz kearah kelestarian intelektual hufaz . 

Dengan permuafakatan majoriti dan sokongan permintaan masyarakat setempat, Pihak Kami bakal memperjuangkan modul pendidikan dual nasional acuan Islamik kearah kecemerlangan sahsiah, akhlak dan generasi hufaz professional mengimbang duniawi, ukhrawi serta penghayatan amar makruf nahi mungkar. 

InsyaAllah.

Perancangan pembelajaran Al Quran secara percuma telah berjalan lancar bagi membantu golongan asnaf dan B40. Disamping itu pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz juga menjalankan aktiviti untuk menarik masyarakat agar dapat belajar mengaji secara percuma. Aktiviti ini dijalankan secara mengadakan hebahan ditempat tempat awam dan didalam media sosial. 

Disamping itu Pihak Pertubuhan juga
mengadakan sumbangan, agihan barang keperluan dan lain lain aktiviti kemasyarakatan.Adalah diakui bahawa
sumber permodalan dalaman organisasi ini teramat dhaif yang mana ianya memerlukan suntikan dana awam
dan sedekah jariah .